Friday, February 1, 2013

Sembang

alhamdulillah akhirnya chek dah pindah ke rumah sendiri. walaupun lamannya kecik banget berbanding rumah sewa. anak2 angkat tak maat nak letak semua dalam kawasan rumah yang terhad jadi yang pasu besar semua chek letak di kaki lima ajer. okid, hoya dan lily jek yang muat dalam kawasan rumah. nampaknya chek memang tak boleh nak tambah collection. nanti chek amik pic pokok2 yang dah diatur. rasanya ada pokok2 kena lelong utk mengurangkan space

Sunday, January 20, 2013

Sembang

Ah.. chek masih belum lagi berpindah ke rumah baru. Tataulah bila nak berpindah. Hb chek asik bertangguh aja tapi dia ada kata nak try pindah bulan ni jugak. Chek dah lama tak shopping pokok pasal takut nanti tak cukup tempat nak letak. Apa pun kena tunggu dah masuk rumah sendiri nanti baru bleh nak tambah collection. baru ni ada 1-2 pasu hibiscus chek mati. Dah tu anak durian yg hb semai pun mati 2 pokok. Chek mmg sure kalu dah pindah rumah sendiri nanti tempat limited so chek dah buat keputusan lepas ni akan tumpukan pada okid aja. Chek takan tambah pokok dari jenis lain lagi.

Anak2 pokok masih lagi available seperti post2 dulu. Bisnes agak slow sekarang. Teringin nak bukak mini nursery di kawasan rumah tapi disebabkan tak cukup tempat terpaksalah cancel. Hb ada cakap nak try tanya developer ada sedikit tanah di tepi jalan masuk lebar dalam 5 kaki  mungkin kami boleh guna pasal chek tengok ada orang bercucuk tanam tapi tulah sampai sekarang dia tak tanya pun. Cadangnya kalu dapat boleh buat mini nursery kat situ tapi kena buat cam bangsal berkunci coz takut nanti ada pulak yg panjang tangan.

Anyway.. apa2 news akan chek update nanti. Tata

Tuesday, November 13, 2012

Cerita ceriti

lama chek tak jengah sini.. masih lagi belum berpindah ke rumah sendiri.. insya-Allah tiada aral next month mebi dah dok umah sendiri. sedang dalam proses mengecat.

baru2 ni chek happy sangat coz ada okid yang dah bertahun beli berbunga kembali. keduanya chek beli masa pesta flora di penang tahun 2009. lamakan dah 3 thn beli. dari anak tak reti jalan sampai dah masuk kindy. harap2 lepas ni akan terus berbunga.

pokok2 yang nak di letgo masih available. bisnis agak slow skrg ni.. jadi kalu ada yg berminat sila bgtau chek yer.


                                                               arahnis maggi ooi



                                                                     vanda no id

Monday, September 24, 2012

Lily

yg ni common oren lily. rege jual rm5 sepasu




yg merah ni pulak rm6 sepasu

orkid oncidium



dah tak byk okid yg bleh dijual. yg masih available ialah oncidium golden shower ni. rege rm5 per clump



yg ni jugak oncidium tapi nama chek tatau. masa mula bunga dia kembang kaler kuning tapi tak terang macam golden shower tapi lepas 2-3 hari kaler jadi putih pulak. ada 2 clump tuk dijual dengan rege rm6 each

Friday, September 7, 2012

Mother plant Hoya

Ada yang bertanya apa lagi pokok or cutting yg boleh chek jual. ada beberapa mother plant hoya yg chek nak jual. rege berbeza coz mmg rege tiap jenis tak sama. kalu berminat cutting saja pun bleh juga. sila rujuk pada post 'Hoya' yg terdahulu tuk tgk bunga. masih rege rm6 setiap cutting tapi size cutting berbeza ikut rege mother plantnya. cam biasa rege tidak termasuk postage. normally between rm10-15 bergantung pada lokasi...



Diversifolia ni rege nak jual rm18. Skrg tgk berputik bunga tapi kecik sgt peduncle malas amik pic



yg ni namanya Latifah. Bunga kecik berbanding hoya2 lain. Peduncle akan tumbuh 4-5 jampak di sepanjang tpt yg biasa dia berbunga. daun pulak nampak cam daun sirih kan. rege nak jual rm25



antara banyak2 hoya yg nilah paling rajin dan tak berhenti berbunga n jambak bunga besar berbanding yg lain. ada bau yg tidak kuat. ada 2 pasu yg available berharga rm12-rm15 sepasu mengikut saiz



yg ni namanya Elliptica. berbau harum n rajin berbunga cuma daunnya kerap ada tompok2 kehitaman. rege jualan rm10



hoya Obovata ni bukan mother plant tapi cuntting yg chek semai. dah sihat akanrnya n ada pucuk baru. rasanya umur dia dah 5-6 bln cuma pokok ni lambat skit tumbesaran dia. rege nak jual rm7.

Sunday, June 17, 2012

Anak angkat kena letgo

Smlm chek dah letgo 3 pasu pokok chek pada auntie depan umah. chek kasik dia pokok thai jasmine, kenanga n limau kasturi. kasik jugak sekali anak pokok durian yg hb semai. auntie tu minat menanam so chek tak ler ralat sgt. pokok durian tu pulak hb mintak uncle tu jagakan.. mana tau in future ada rezeki dapatlah kami tumpang rasa hasil buahnya nanti. kalu ada tanah sendir bleh gak tanam durian tu.

pokok bunga raya pong chek ada offer kat kawan. sayang sebenarnya nak kasik orang tapi memandangkan laman yg terhad so nak tanak terpaksa lah. chek nak consentrate ngan okid jek. hoya pong tak tambah lagi walaupun ada order dari member forum.. kalu ada space lebih bleh amik kalu idak kena cancel lah jawapnya..